Jumaat, 24 Jun 2011

SAJAK : DADAH DURJANA

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia
Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..
Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

IKRAR ANTI DADAH

Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia,
Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah,
Pada Setiap Masa Dengan:
Memenuhi Masa Lapang Dengan,
Kerja-Kerja Yang Berfaedah;
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti,
Yang Berguna Dan Berfungsi,
Kepada Masyarakat;
Menjadi Rakyat Berilmu,
Berakhlak Mulia Dan,
Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk
Mengisi Keperluan Wawasan,
Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia,
Dari Ancaman Dadah…

LAGU TEMA PPDa

 HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH

USAH BIARKAN MASA BERLALU PERGI
DALAM MENITI RANJAU BERDURI
WAWASAN NEGARA KEKAL WAJA
BINA BERSAMA HARAPAN SEMUA
ANAK-ANAK BANGSA

KAMI SIHAT
KAMI HEBAT
KAMI KUAT
KAMI TEKAD

TANPAMU
DIRI BEBAS MERDEKA
TANPAMU
HIDUP RIANG CEMERLANG
TANPAMU
NUSA BANGSA GEMILANG
TANPAMU
NEGARA PASTI TERBILANG

KITA BERSATU
KITA BERPADU

KATAKAN…LAUNGKAN…

“KAMI BEBAS DARI DADAH”

PRINSIP PPDa DI SEKOLAH


• Semua sekolah rendah hendaklah melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

•  Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.

•  Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

•  Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya  meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.

• Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

•  Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.

OBJEKTIF PPDa


l  Meningkatkan pengetahuan, kefahaman & kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
l  Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
l  Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan nilai-nilai positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
l  Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

PPDa SKTA

VISI
Sekolah Kebangsaan Tanjong Agas Bebas Dadah Tahun 2012.

MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.